PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN “ORANG MAKAN ORANG” PART AKHIR

PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN “ORANG MAKAN ORANG” PART AKHIR

http://musakolakedah.blogspot.com/2010/02/pengalaman-keluar-40-hari-dikawasan_24.html

Maka kami dengan perasaan yang membara bertolak dari masjid bandar Pasi ke kampong dipuncak gunung dengan berjalan kaki yang jaraknya agak jauh. Apabila sampai dikampong yang kami tujui itu yang mula2 menyambut kedatangan kami ialah sebuah gereja yang diperbuat daripada papan dan kayu, kemudian sekolah tadika mubaligh kristian kemudian baru jumpa rumah orang kampong, berjalan lagi baru jumpa masjid , juga diperbuatdaripada kayu dan papan yang agak lama.Sampai dimasjid kami mesyuarat dan terus menghantar jemaah khususi door to door, Alhamdulillah bila sahaja jumpa orang kampong yang diajak terus datang ke masjid terus duduk dalam taklim, pada hari pertama sahaja dah suku masjid orang kampong datang, jemaah sudah jadi gelabah sebab mereka ni taknak balik rumah, makan yg dimasak hanya cukup untuk jemaah atau lebih sedikit. jadi orang khidmat tambah lagi masak makanan, semua makan tengah hari di masjid, lepas makan pun mereka juga tidak mahu pulang , rupa-rupanya mereka ini berminat dengan agama sebab apabila kita terangkan pada mereka akan kelebihan amal agama ni mereka seronok nak belajar dan beramal, kami kena korbanlah tidur buat beberapa halkah untuk mengajar asas solat seperti cara solat dan bacaan dalam solat, kebanyakkan mereka tidak tahu bersolat, yang tahu pun banyak yang salah dalam melakukan ketertiban solat dan juga dalam bacaan mereka.

Halkah ini berjalan sampai asar. Lepas asar beri kelebihan dakwah dan ajak untuk keluar ziarah umumi rumah ke rumah, semua orang tempatan angkat tangan nak ikut, masyaallah hebat sungguh puak yang dahulunya makan orang kini telah mengangkat tangan dengan sungguh2 untuk buat kerja nabi saw. lepas minum petang terus buat adab ziarah cara rasul saw, lepas tu tanya siapa yang nak jadi penunjuk jalan semua angkat tangan setelah mendengar kelebihan, begitu juga dengan jurucakap dan juga ameer jemaah, semua angkat tangan. Apabila ziarah dalam kampong bermula ramailah yang diajak terus datang masjid untuk mendengar takril atau ceramah iman di masjid hinggalah kemagrib. Waktu solat magrib, masjid dah separuh lebih penuh termasuk wanita dan kanak2. antara mereka ada yg tidak solat magrib.

Waktu bayan lepas magrib semuanya dudukdengar bayan, apabila taskil dibuat untuk keluar jalan allah , semua angkat tangan termasuk wanita dan kanak2. Lepas isyak semua ahli jemaah kumpulkan orang yang beri nama untuk iktilat. Malam tu kami terpaksa mentaakhirkan makan malam kerana makanan sudah tak cukup dan kita terpaksa melayan mereka yang kehausan agama, jadi kitalah kena ajar mereka. Pendek cerita kami makan malam lewat dan terus tidur, teramatlah letih satu hari tak rehat tapi seronok kerana dapat tiru macam sahabat nabi saw..

Pendek ceter besuk subuh ramai yang datang solat subuh, lepas bayan subuh pesan kepada mereka datang jam 8 pagi, sempatlah kami makan pagi, sebelum jam 8 pagi mereka dah sampai siap bawa petai, jering dan ulaman untuk jemaah makan, lepas mesyuarat kami bentuk jemaah khususi untuk pergi semua rumah-rumah dikampong tu.Kami tinggal disitu saya tak ingat berapa hari tapi lebih dari 4 hari, setiap hari kami tak pernah tidur siang kerana mengajar mereka solat.

Dalam masa tu semua rumah kami tak tinggal semua kami ziarah dan jumpa penghuninya dan semua mereka datang ke masjid. 11 orang telah azam untuk keluar 40 hari di Medan. Mereka kurang wang perbelanjaan untuk keluar 40hari tapi kami mesyuareat dengan dengan cara membeli ayam, beras dan apa sahaja yang jemaah boleh guna, semua makanan yg kami beli itu pun untuk ikram mereka makan,kerana mereka bersama kami dari pagi sampai malam dan makan bersama kami. Masa khususi saya teringat sampai sekarang bila saya dan seorang tempatan khususi sebuah rumah yang jauh terpencil dari kampong, rumahnya amat kecil dan uzur, bila saya sampai dan rahbar memberi salam, saya lihat seorang lelaki separuh umur membuka pintu, setelah diterangkan saya ini bapak dari Malaysia dalam dialek batak yg saya tak faham, maka dia terus meluru pada saya dan memelok saya sambil menangis dan ia berkata “bapa selama ini tiada seorang pun yang sudi datang kerumah saya kerana kemiskinan saya tapi hari ini saya syukur kerana bapak dari Malaysia datang jumpa saya dirumah yang buruk ini” itulah kurang lebih dialognya pada saya.

Saya terangkan maksud kedatangan kami, tanpa banyak soal dia terus salin pakaian terus ikut kami ke masjid, dia merupakan orang yang terakhir kami jumpa. Selama beberapa hari kami di situ hubungan kami dengan penduduk kampong rupanya dah mesra , tak kira lelaki wanita dan kanak-kanak. Mereka cukup gembira selama kami berada disitu, mereka melayan kami, berhasrat untuk memberi makan pada kami tapi mereka miskin, yang mereka mampu beri kami makan ialah Petai dan jering dan ulaman , ubi kayu itu saja tapi mereka ikhlas ikram kami.

Masa untuk kami pulang keMedan dah tiba, pada pagi hari yang kami nak berangkat ke Medan membawa jemaah tunai 40 hari keMedan seramai 11 orang menjadi kenyataan, semua penduduk datang ke masjid lelaki perempuan dan kanak2, setelah berkumpul amersab sendiri telah beri bayan hidayat dan adab perjalanan pada jemaah. Disinilah suasan sedih dan pilu menyelubungi penduduk tempatan dan ahli jemaah, semuanya menagis dan apabila amersab mula berdoa semua orang tanpa segan silu menangis berhamburan air mata sungguh2 termasuk kanak2. Apabila habis doa kami turun dari masjid untuk balik ke Medan semua penduduk berbaris untuk bersalam (wanita tidak salam dengan kami kerana amersab dah terangkan pada mereka tak boleh salam dengan lelaki bukan muhram) dengan tangisan berpanjangan.

Selesai salam kami pun berjalan sehinggalah sampai ke sekolah tadika mubaligh kristian. Sampai sahaja kami disitu, kanak2 tadika dah siap berbaris menyambut dan bersalaman dengan kami sambil menangis, kami apalagi lihat saja kanak kanak tadika ini menangis terus saja menagis lagi kerana belas kasiahan pada mereka ya g haus pada agama, jadi kami doa semuga 11 orang yng ikit kami tunai 40hari akan menjadi aset untuk usaha agama disitu.

Setahun selepas itu di malam markas Masjid India Kuala Lumpur ada bayan daripada jemaah 4 bulan dari Indonesia, selepas bayan taskil dibuat dihadapan termasuklah ahli jemaah mereka, takdir Allah dihadapan saya ada seorang ahli jemaah tersebut, dia pun sebuk taskil kiri kanan depan belakang, bila ditoleh kebelakang, saya tunduk kepala kerana akan ditaskil, terkejut saya apabila dia peluk saya dan sambil menyebut nama saya “Pak musa” bila saya pandang rupanya dia adalah salah seorang dari yang 11 orang keluar 40 hari dulu, sekarang sedang keluar 4 bulan di Malaysia. Dia beri karguzari masjid tempatnya itu telah jadi morhalah yang kuat dan kerja amat maju, sebulan sekali mereka turun ke Medan untuk keluar 3hari, 11 orang dulu tu menjadi tonggak kerja disana.Begitulah bila usaha atas agama dibuat sungguh-sungguh puak yang dahulunya tak kenal agama dan makan orang lagi, boleh jadi dae yang ikhlas pada Allah, semuga Allah terima kita dan seluruh umat nabi saw untuk buat korbanan diri dan harta atas agama Allah swt.

Dicatat oleh musa di 07:39

30 thoughts on “PENGALAMAN KELUAR 40 HARI DIKAWASAN “ORANG MAKAN ORANG” PART AKHIR

  1. saya ikut dakwah ini kurang lebih 1 tahun, tapi tidak dapat apa2, jauh dari ilmu, bahkan dalilnya sangat lemah + crita2 yang tidak berdalil sementara setelah saya tau klo agama itu dengan dalil maka saya tinggalkan dakwah bodoh ini. Alhamdulillah

    • Semoga Allah berikan, tambah & berkahi ilmu Anda sekarang sehingga mampu melihat kebenaran……berbuat benar dan mengutamakan kaum muslimin serta memuliakan sesama muslim. Dakwah itu akan terus berjalan dengan atau tanpa kita. kalau kita dipilih Allah untuk memperbaiki diri dan membesarkan nama Allah maka kita harus banyak bersyukur

    • Siapa yang bodoh….kerja suci murni ini ke atau anda yang bodoh kerana baru setahun jagung mengikuti kerja ni dah buat keputusan sendiri tinggalkan kerja ni…

    • yudi beristigfarlah ,,sm ALLOH , dan berdoa minta hidayah smoga iman dan amal sholeh selalu senantiasa ada pada diri mas yudi ,, ALLOH selalu memberi hidayah kepada orang yg sabar dan rendah hati ,, smoga mas yudi slalu dalam lindungan ALLOH ,,amiin YA ROB

    • dakwah ini perlu ketawajuhan…orang yang tidak tawajuh walaupun kelauar 1 tahun lamanya tdk akan ada perubahan dalam diri.dakwah untuk diri sendiri bkn untuk orang lain….

    • Mdhn2 ALLAH SWT berikan hidayah dan dikekalkan hidayah dlm diri anda..dan tambah korban maka anda akan paham apa maksud sebenarnya. Sdikit korban sdkit paham ..gk ad korban gk paham2. Gk akan paham2.

  2. Alhamdulillah, Allah telah berikan kesempatan untuk kita brdiskusi dan memberikan respon kpd apa yang telah disampaikan.
    Saya juga mengalami pengalaman yang hampir sama sewaktu melakukan kerja jemaah 40 hari di Batam(1990), Medan/Acheh (1992), Bangkok (1994), Bali (1996),Bangladesh (2004), India (2006), Sulawesi(2008), Sabah (2009), bukan maksud untuk berbangga… Tapi sekadar utk menyedarkan diri sendiri dan pembaca bahawa kerja dakwah ini memang x nampak hasil segera mcm maggi, Rasulullah terpaksa mengorbankan seluruh hidupnya selama 23 tahun utk bawa iman dan amal dalam kehidupan umat ini. Kerja yang dilakukan oleh baginda bkn 3 hari, 40 hari atau 4 bulan, tapi seluruh hidup baginda telah digunakan untuk kerja besar ini. Secara perbandingan, jika usaha 3h, 40h dan 4 bln dirasakan kerja bodoh, maka kerja seumur hidup yang dilakukan oleh Rasulullah serta setiap nabi sebelumnya teramat bodohlah kerana mereka habiskan usia mereka menjadi khadam untuk membawa sinar iman dan islam untuk umat. Oleh itu jangan kita cepat melatah … fikir2kan sebelum berkata, kelak Allah dengan kudratnya binasakan mereka yang persendakan tugas mulia ini sepertimana umat terdahulu.
    Wallahu’lam

  3. Astaghfirullah…
    bergerak untuk dakwahkan yakin akan Allah ta’ala sahaja dianggap kerja bodoh??
    berarti bodohlah Nabiullah Nuh A.S yang telah dakwah atas yakin Akan Allah selama 850 th.
    mari tambah korban biar Allah berikan kepahaman

  4. setidaknya saya sangat mencintai dan senang melihat jamaah keliling hanya untuk menghidupkan sunnah dan dakwah, untuk diri mereka sendiri berkorban harta raga dan waktu, meminta untuk diturunkan hidayah disemua muka bumi. Rasulullah pasti sangat bahagia andai beliau melihat kerja umatnya saat ini.. jazakullah khoir

  5. Orang yg bilang usaha Dakwah itu bodoh, berarti dia telah riya/sombong, dan hatinya keras…maka smoga Allah memberikan smangat pada da’i..da’i yg tetap tuk istiqamah dalam usaha Nabi As & para sahabat..ra, Allahuakbar, jgn pernah berhenti tuk dakwah, dan jgn sampai terprovokasi dgn oknum..2 xyg tdk jelas..

  6. Seharusnya kalo mas Yudi sekarang sudah berilmu, tidak pantas bicara seperti itu. Karena ilmu itu harus diamalkan terbuktii dengan akhlaknya yang lebih baek. Bicara yang baek, tidak menyakiti sesema kaum muslimin. Dan ilmu yang sudah didapat harus disampaikan (dida’wahkan). Atau mas Yudi mengkopi ucapan ustadz yang membodoh2kan saudaranya?

  7. kesalahan -kesalahan masa lalu yang sangat kita harapkan ampunan dari Nya, janji tentang syurga , kenikmatan yang telah kita terima ,serta harapan mendapatkan limpahan hidayahNya dalam menempuh kehidupan agar menjadi hambaNya yang taat cukuplah membuat kita bersabar dalam menghadapi gangguan orang lain kepada diri kita, hinaaan, cacian, fitnah ataupun penghianatan.

    bergeraknya orang-orang ini, dengan harta, waktu serta diri mereka adalah langkah langkah menuju perbaikan diri serta harapan yang besar agar Allah merahamati,menyayangi mereka serta memberikan petunjuk sebagaimana orang-orang terdahulu yang telah diberi petunjuk.

    Yang berilmu bergabung bersama mereka yang sedang mencari ilmu, yang kaya makan bersama dengan yang miskin, semua bersaudara terikat dalam kalimat La ilah ha ilallah, muhammadurasulullah, saling ingat mengingatkan dalam kesabaran agar menjadi orang-orang yang beruntung, belajar mempraktekkan setiap apa yang diperbuat nabi dan para shahabat mulai dari yang kecil sampai yang besar.

    Insya Allah semoga Allah kabulkan semua harapan mereka yang memiliki kerisauan , tangisan serta pengorbanan terhadap ummat , semoga Allah lancarkan setiap perjalanan mereka , dicucuri rahmat dan hidayahnya mulai dari berangkat sampai pulang kerumah. Aammiin

  8. da’wah maksud hidup, hidup untuk da’wah, da’wah sampai mati, mati2an dalam da’wah, mati dalam puncak pengorbanan da’wah…….

  9. Kita kena keluar ke Jalan Allah Taala untuk usaha atas iman yang sangat penting untuk kita berjumpa dengan Allah Taala. Tetapi pada hari ini, kita tidak terasa bernilainya iman.Kita di tenggalami dengan kehidupan di dunia yang sementara ini.Ingatlah..selagi anda tak bagi masa,diri dan harta untuk keluar ke jalan Allah Taal,anda tak dapat petunjuk dari Allah Taala.Berdoalah kepada Allah Taala semoga Dia memilih kita untuk keluar ke jalan Allah Taala.

  10. 40hari 4bulan bukanlah maksud,qt baru belajar-belajar dakwah cara ROSULULLAAH SAW. yaitu dengan mendatangi umat dari kampung ke kampung,lorong ke lorong,dari hati ke hati,semat-mata mengajak untuk taat kepada ALLAH ( bukan mengajak kepada golongan/organisasi) tentunya dengan kemampuan masing-masing. (sampaikan walau satu ayat) dan perlu qt ketahui bahwa qt dakwah bukan untuk memperbaiki orang (banyak orang salah paham). dan…………

  11. Pingback: Finut's Blog » Blog Archive

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s