Silaturahmi Ke Kampung Seberang

Kita perlu yakin dengan janji Allah (swt). Allah (swt) berfirman, “Wahai orang2 beriman, barang siapa yang membantu agama Allah, pasti Allah akan membantu kamu.” (QS Muhammad 47:7) Beginilah Allah (swt) telah bantu para sahabat apabila mereka berkorban atas maksud agama. Allah (swt) telah bantu mereka dalam peperangan Badar bertentangan dengan kekuatan zahiriyah yang ada pada mereka. Begitu juga kita hari ini, kalaulah kita bangkit dan korbankan diri dan harta kita atas maksud agama ini, iaitu menghidupkan sunnah Nabi (saw) yang penuh dengan cahaya, maka Allah (swt) akan bantu kita sebagaimana Dia telah bantu para anbiya (as).Dalam melakukan kerja ini janganlah kita mengalihkan pandangan kita pada asbab, tetapi sambil melakukan kerja ini kita pandang Rabbul asbab, yaitu Allah (swt). Kalaulah kita mengalihkan pandangan pada asbab, maka ketika itu putuslah kita daripada bantuan Allah (swt). Kita mesti jalankan usaha ini dengan tidak melihat pada asbab tetapi lihat pada Allah (swt).

Iman, Amal dan Sholeh telah ditugaskan mengunjungi jaafar . Setibanya mereka ini ke rumah jaafar, mereka telah memberi salam . Salam mereka dijawab dan seorang lelaki berwajah arab telah menyambut mereka dan keadaan seolah-seolah beliau sedang bersiap-siap untuk keluar.

“Siapa kamu”, tanya Jaafar. “Kami datang dari Kampung Ladang dan kini sedang berada di kampung tuan. Kami berminat untuk menziarahi sdr islam kami di sini hanya semata-mata kerana Allah swt!”, jawab salah seorang dari ahli jemaah. “Maaf, saya sibuk. Malahan saya sedang bersiap-siap untuk keluar” Jaafar mencelah. “Tapi, kami hanya beberapa minit masa tuan. Kami datang dari jauh. Kami harap tuan dapat beri masa mendengar penerangan kami” amal coba membujuk jaafar.

“Baiklah, mungkin sekadar 5 minit, silakan masuk”.

Mereka telah mengambil peluang ini untuk menerangkan bahawa maksud mereka datang adalah untuk menghubungkan silaturahim dengan saudara-saudara islam di bandar itu. Di samping itu juga tujuan mereka juga bagi bertukar-tukar fikiran disamping dapat memberi peringatan tentang kehidupan dunia kita yang sementara. Bagaimana kita semua akan menemui maut. Kematian itu pasti. Namun bagaimana disebalik kesibukan hidup, kita dapat membuat bekalan untuk bekalan akhirat. Iman lalu meminta diri menjelang berakhirnya tempoh 5 minit tersebut.

Namun Jaafar meminta mereka meneruskan bicara. “Sudah lama aku tidak mendengar kata-kata begini”, ujarnya.

Maka, mereka telah mengambil peluang untuk menerangkan tentang kehebatan Allah swt, kepentingan amal, pahala, keseronokan syurga, & bahaya neraka. Jaafar tiba-tiba menangis terisak-isak.

“Sebenarnya, kami keluarga memang beragama Islam tapi malang, kami tidak mengamalkannya dengan sungguh-sungguh. Bila meningkat dewasa, aku telah menikahi gadis kristian, namun aku tetap dgn keislamanku. Isteriku tegas mengajak ku masuk ke dalam agamanya, namun aku tegar mempertahankan keimanankun. hari demi hari, bulan demi bulan, tahun demi tahun. Ajakannya berterusan. Hingga menjadi leteran yg berpanjangan. Aku sudah tidak tahan lagi. Aku telah membuat keputusan malam tadi utk keluar islam. Sebentar tadi saya sedang bergegas untuk memenuhi janji saya dengan seorang pendeta di pinggir kota untuk urusan saya masuk kristian. Hari ini, tuan-tuan telah menyelamatkan akidah saya”

Jaafar telah membuat keputusan untuk memberi waktu bersama-sama jemaah. Tidak dapat dipastikan apa yang berlaku seterusnya tentang jaafar & hubungan dengan isterinya, namun yang jelas jaafar telah bertekad untuk mempertahankan iman dan melakukan sesuatu utk mengukuhkan nya.

Tuntutan untuk kita untuk menjalankan dakwah ke seluruh dunia sebenarnya amat mendesak. Episode ini hanya sekelumit cerita happy-ending utnuk telinga. Bagaimana yg lain-lain. Ulama ada mengingatkan bahawa seluruh umat bertanggungjawab kepada setiap individu umat, sekiranya satu orang mati di hujung dunia tanpa iman, seluruh umat bertanggungjawab ke atas tragedi ini. Dan setiap individu umat bertanggungjawab ke atas seluruh umat – Jika seluruh umat mati tanpa iman, seorang yang ada iman akan dipertanggungjawab atas kelalaian nya tidak menyampaikan yg hak kepada seluruh umat.

Insya Kita pasang niat dalam hati dan doa sungguh sungguh agar Allah pilih kita.
Senantiasa mempersiapkan diri dan memperbaiki diri kita, yakin kita kepada Allah SWt. Apabila yakin yang tak betul dibinasakan dari hati kita maka Allah (swt) akan membinasakan perkara-perkara bathil diluar kita. Kita keluarkan bathil dalam diri kita dan Allah akan hancurkan kebathilan diluar kita. Hari ini kita belum sungguh-sungguh dalam membuang kebathilan dalam hati kita, seperti kebesaran kedudukan, kebesaran kebendaan, kebesaran wanita dan sebagainya. Perkara bathil tidak akan dapat dibinasakan dengan cara bathil, tetapi perkara bathil akan binasa dengan cara hak. Apbila yang hak datang maka bathil akan binasa.Diperlukan mujahadah dan do’a yang sungguh sungguh kepada Allah.
suasana huru hara diakhir zaman sangat dashyat dan penuh fitnah maka kita diingatkan untuk terus berpegang teguh kepada kitabullah dan sunnah rasulullah Saw. Senantiasa meminta perlindungan dari fitnah Dajjal. fitnah2 nya mampu menggocangkan keimanan dan keyakinan kepada Allah SWT.

One thought on “Silaturahmi Ke Kampung Seberang

  1. Assalamualaykum wr.wb
    “Dan janganlah kalian menikahi wanita² musyrik sebelum mereka beriman”(Al-Baqarah:221)

    wassalam,
    mbak diah

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s